24 June 2015

Melaka Part 4 - (2nd day) Qasreena Cafe & Bayou 9d Theatre

Malam tu hujan dari petang sampai Maghrib. Zhafran pulak tak bangun lagi. Plan asal nak makan kat Muara Sungai Duyung. Tapi tak best pulak kalau makan 2 orang je. Ramai2 syok sikit. Lagipun takde rasa nak makan seafood. So sebab dah hujan dan Zhafran pun macam mengantuk sangat, so kitorang decide makan kat coffee house je. Kebetulan ada discount voucher untuk dine-in. Ada 2 pulak tu. Ok so makan kat coffee house je la. Bila sampai bawah je, rupanya hujan dah stop. So kitorang decide makan kat luar pulak. Nak try pergi Qasreena Cafe yang kitorang google sebelum tu. Kat area Bukit Katil gak. Nampak macam best. Sebab ada menu pelik2 kat situ. Aku mana boleh tahan tengok gambar je. Hahaha..So lets! Actually tak susah nak cari. Tak jauh pun dari Bayou Lagoon. Landmark dia kau cari ILP Bukit Katil, then sebelah dia Kolej Vokasional, ko terus depan sikit ada shoplot. Restoran ni memang takkan nampak tepi jalan. Ko kena masuk jalan nak ke ILP tu. Selain tu ada Petronas dan perumahan baru siap, Taman Saujana Heights.

Cafe ni decoration dia berkonsepkan English deco. Harga memang berpatutan. Sebab aku rasa target dia student je. So murah2 la. Kalau ikut review kat google, cafe ni signature food dia bubur nasi. Wow! Apa yang best tu? Bubur je kot..hahaha..Tapi takpe. Lets try untuk Zhafran. Aku dengan Fikri dah berniat sangat nak try float dia. Macam2 ada. Sekali malam tu bukan rezeki. Satu float pun diorang tak buat. I is sad. So aku order milo tabur dan limau asam boi. Makan pun menu pelik2. Tapi aku lupa snap pic menu. Hmm..Aku order Nasi Goreng Shah Rukh Khan and Fikri Nasi Goreng Coleseum. Pastu tambah french fries. Haaaa..Pelik kan nama? Nasi aku tu sebenarnya nasi goreng mamak je. Tapi special sikit la. Nasi Fikri pulak nasi goreng daging black pepper. 
Seriously sedap weh bubur nasi tu. Simple sangat tapi fuhhh.  Aku sendiri rasa nak abiskan. Hahaha..Zhafran pun laju je makan. Nasi goreng pun dua2 sedap. Total kitorang makan semua RM20. Murahkan? Happy tummy!

Lepas tu balik hotel. Kitorang plan nak try 9d theatre kat situ. Ada voucher free untuk 2 orang. Duration cerita dalam 5-7 minit camtu. Boleh pilih cerita apa nak. Ada adventure, seram, underwater. Kitorang choose underwater sebab boleh la Zhafran fefeeling tengok ikan. Nak amik roller coaster kang aku yang muntah. 9d kot. Mesti real. Hahaha..Ok la citer pasal sealife tu. Cuma Zhafran je muka takut2. Real sangat kot. Haha..Dah habis tu staff yang jaga tu bagi satu lagi cerita. Pasal adventure macam nak tangkap orang la lebih kurang. Yang ni lagi real. Scene jambatan patah aku ngan Fikri yang jerit. Hahahaha..Terasa wehh..Nasiblah dah malam2 tu takde sapa pun nak tengok. Just kitorang and ada sorang budak laki. Dah habis tu Fikri gian nak main mesin slot pulak. Aku pun join sekaki main mesin tikam nak dapat teddy bear tu. Haram tak menang. Takde luck. Hahaha..Zhafran la paling eksaited macam kan dia tau main lumba kereta tu. But it was fun. Lama tak enjoy camtu. Agak2 Zhafran dah mengantuk, kitorang balik bilik. Tidur. Esok dah last day. Ada breakfast dan main water park lagi sekali.  Zzzzz...Next entry!

Qasreena Cafe. Nak info Google eh. Jangan malas.

Bukan tauke Qasreena

Kemas dan bersih

Set buffet tu untuk lunch time je

Side order wajib

Ni la nasi goreng coleseum. Ada lubang tetengah tu. Isi daging black pepper

 Nasi goreng SRK. Sedap gak. Makan sambil fefeeling guling2 
ngan Shah Rukh Khan kat rumput

Ni la bubur nasi terpaling sedap!

Milo tu kannn..Dappnyeeee

Bayou 9D Theatre

Heeeee

Alolololo

Ni la dia mamat yang gian nak main mesin slot tuuuu


-peace-

No comments: