26 January 2015

Mana Satu Nak Pergi?

2015 ni dalam kepala pikir nak holiday je. Kalau boleh tiap bulan nak berjalan. Amboiii sangat. Macam ke berkepuk2 duit dalam wallet khennn..Hahaha..Mementang la tahun ni cuti lakibini banyak.
Actually ada beberapa tempat yang teringin sangat nak pegi tapi belum berkesempatan lagi dek beberapa faktor yang tak mengizinkan. Meh iolss list down tempat percutian idaman iolss okay (atas sebab hotel je sebenarnya).

1) Grand Lexis Port Dickson
Ramai yang dah tau hotel ni menyediakan private pool dalam villa atau bilik tu. So boleh la fefeeling orang kaya rumah ada swimming pool kononnya. Berkubang la kau kat situ sampai ke malam.
Boleh surf website hotel ni untuk check rate bilik yang ada.

Pic by Google


2) Bukit Tinggi,Bentong
Ni lagi satu. Since pregnant nak pergi. Sampai la ni Zhafran dan setahun. Bila ntah nak pegi. Takpe2. Ko tunggu situ ye Colmar Tropicale. Mu tunggu aku datang!


3) Avani Resort Sepang
Hewww..Fefeeling romantis gitu. Bilik atas air khennn. Tapi yang ni kalau berdua barulah honeymoon gitu. Nak tinggalkan Zhafran sian lak. Mencari Umi dia tetengah malam kang. Payah lak. One day nak pegi jugak. Insya Allah.


4) Hard Rock Hotel Penang
Kelas ko Jenab! Nak duk Hard Rock Hotel ye. Huhuhu..Dah lama aim hotel ni. Nanti nak bodek Suamiku Encik Fikri stay kat sini kalau ke Penang. Hahahaha..Insya Allah.


Pic by Google


Selain tu ada lagi beberapa tempat yang teringin nak repeat disebabkan tak puas pergi sekali dua. Tamak betul bunyinya tu. Yang ni best kalau pergi reramai with family or friends.

1) Langkawi
Best place ever for my family. Tetiba cakap omputih kan? Langkawi apa lagi nak diterjah? Coklat laaa!! Langkawi tempat klasik percutian keluarga iolss..Gitu!


2) Penang
Heaven for food hunter!! Kalau sebut pasal Penang takde apa lagi yang best daripada MAKANAN!
Disebabkan iolss suka makan maka itulah faktor utama nak ke Penang sambil jenjalan. Lagipun husband teringin nak naik Bukit Bendera. Iollss dah naik sekali ngan family. Heww..Nanti kita tunaikan.


3) Cyberview Lodge
Yang ni tempat iolss honeymoon! Auwwww..Nak flashback memori indah kekononnya..Lagipun tempat dia memang best and 5star. Private gitu. Rate bilik pun ok sesuai ngan tempat. Puas hati, Boleh check website dia ye.

Pic by Google

Pic by Google



Takat ni itu je terlintas kat fikiran yang tetiba jammed ni. Nantilah iolss sambung. Heww..

Tata!

XOXOXO



No comments: