29 December 2014

Takde Title Sesuai

Banjir belum surut. Hujan turun tak berhenti. Cuaca sejuk siang ke malam. Apalah nasib mangsa2 banjir? Kita yang di sini, jika mampu hulurkanlah bantuan, jadi sukarelawan, berdoa atau setidak2nya jagalah sensitiviti. Jangan post berita palsu. Post pic makanan enak2 sedang mereka di pusat pemindahan kelaparan. Post gambar bersuka ria sedang mereka di sana berduka. Ye, memang betul yang life must goes on. Tapi, humanity rakyat Malaysia perlulah ada walau sedikit. Itulah sekecil2 bantuan kita boleh buat. 2014 memang tahun mencabar buat Malaysia. One after another. Tak sudah2 diduga. Moga dua hari lagi 2014 ni berlalu dengan aman. Dan 2015 membawa khabar ceria kepada kita semua rakyat  Malaysia. Insya Allah. Ameen.

24 December 2014

Banjir oh Banjir

Disember.

Sinonim dengan musim hujan. Bila hujan non-stop, banjir pulak. Itulah yang berlaku saban tahun especially di Pantai Timur. Walaupun banjir ni dah jadi perkara biasa bagi penduduk sana, tapi tahun ni situation die worst dari sebelum ni. Ada tempat yang tak pernah banjir tetiba banjir. Jalan runtuh, laluan keluar masuk ditutup. Di Taman Negara, paras air dah melebihi rekod banjir tahun 1971. Kampung atau bandar, dah jadi macam sungai belaka. Air semua paras bumbung dah. Teruk bukan?

Di media sosial pulak dibanjiri dengan gambar2 tempat yang banjir. Info itu ini. Haaa.. yang ni nak kena tegur sikit. Sebelum share tu, pastikan pic tu pic yang latest. Info banjir terkini. Kang ada yang nak jadi CNN sangat sampai ter'share' pic banjir tahun lepas atau luar negara punya. Yang ni la yang memburukkan keadaan sebenarnya. Share kat group whatsapp, forward, forward dan forward. Yang sakit hati ialah orang yang ada sedara mara di kawasan banjir atau mangsa banjir tu sendiri sebab share info tak betul. Apa yang diorang perlukan ialah bantuan dari segi makanan terutamanya dan keperluan untuk anak2 kecik. 

Time ni dah tak penting dah ahli parti apa, politician parti mana, yang penting bantuan sampai ke tempat sepatutnya. Datang menjenguk diorang di pusat pemindahan. Bantuan dari NGO dan hasil sumbangan orang ramai juga diperlukan. Ringan2 la tangan menghulur bantuan walaupun sedikit. 
Sambil tu berdoa semoga semua dipermudahkan dan selamat. Yang ada anak2 tu, ingatlah. Ni bukan pesta air atau taman tema air. Awasi anak anda! Dengar arahan pihak berkuasa jika perlu berpindah. Keselamatan lagi penting dari harta benda. Insya Allah, air akan surut dalam minggu ni juga. Mudah2an

Ada hikmah di setiap dugaan yang Allah beri.
Bersabarlah....

22 December 2014

Quill City Mall

Hi..

Lunch tadi iols pegi berjalan ke mall baru kat Jalan Sultan Ismail. Quill City Mall nama diberi. Mall ni baru bukak dalam sebulan dua la lebih kurang. So far ok jugak la kedai-kedai yang ada dalam tu. Ada H&M, Aeon, Adidas, Guess..Restoran pulak ada Secret Recipe, KFC, Manhattan Fish Market,Starbucks, Tappers dan macam2 lagi la. Ada yang belum bukak lagi. Tak habis round lagi coz masa terhad. Lunch hour je kot. And orang pun tak ramai lagi so belum happening sangat la. But untuk jalan2 cari makan or cuci mata quite ok. Untuk iols yang kaki mall ni memang ok la..Hehehehe..Tunggu dah happening sikit nanti kita berjalan lagi ea..Tadi pun tak sempat nak snap pic ape2 pun. Sebab terpinga2 mencari kedai dekat level sekian sekian..Huhu..

Next visit kita round lagi coz ada tempat untuk kids memain! Hehehehe..Untuk yang nak pegi, location dia ialah sebelah Universiti Kuala Lumpur. Kalau naik monorel, betul2 dekat station Medan Tuanku. Walking distance je orang kabo. Kalau dalam monorel memang boleh nampak la mall ni.

Eh, takda idea la nak cerita. Sekian la.

Tata!

XOXOXO
Pic by Google

17 December 2014

AFF Suzuki Cup

Malam ni berlangsungnya 1st leg untuk Final AFF Suzuki Cup di Thailand. Pasukan tuan rumah berjaya mengalahkan Malaysia 2-0. Nak cakap pasal performance Malaysia,memang jauh panggang dari api dengan Thailand yang menampilkan player muda yang lebih bersemangat. Apepun,Malaysia memang suka kalah dulu. Ye dak? Hindustan sangat ni! Kui kui..Masih ada 90 minit di Bukit Jalil Sabtu ni. Ayuh Malaysiaku! Bangun,bangun..Bangun Harimau Bangun!

Yang kita pulak,ayuh tidur! Kekekeke

Tata!

XOXOXO

16 December 2014

Petang Selasa Yang Sendu

Ni lah dia kalau dah cuti Isnin. Mula lah jadi Tuesday blues. Memang hari2 pun ada blues tersendiri. Huhuhu.. Ni pun duk menengok jam bila nak balik. Haihh.. Rindu kat Zhafran pulak. Makin keletah dak kecik tu. Cepat la 5.45 hooiiii.. Bosan. Mood hujung tahun nak bercuti.

Sekian bebelan petang. Kbai.

Eh jap. Sempat selfie lagi. Koh koh. Muka mintak penampor.


Tata!

XOXOXO

15 December 2014

Carboot Sale

Hi..
Ni nak habaq mai pasal semalam. Me,husband ngan abang join carboot sale di Seksyen 2, Bandar Bukit Mahkota,Bangi. This is our first time join benda macam ni. Sebelum ni kitorang survey dulu, tengok camne orang jual. Then,start kumpul barang. Alhamdulillah,semalam dah berjaya. Hehe..Kutipan pulak Alhamdulillah sangat memberangsangkan as a first timer. Ni yang buat semangat lagi ni. Eheheheh..Antara barang yg kitorang jual selain baju2 ialah buku,novel,brooch,keychain,kasut,handbag, and barang2 outdoor mcm kelengkapan camping and panjat gunung. Semua tu barang2 terpakai. Banyak jugak barang terjual semalam. Hehehehe...Meh layan pic2 sekitar carboot sale semalam. Zassss!!




Tata!

XOXOXO

11 December 2014

"Me" Time

Hi..

Menjadi seorang ibu bukannya mudah. Bila dah merasa jadi ibu sekarang ni, barulah faham pengorbanan mak2 kita dulu. Kita ni baru sorang anak dah tak terkejar masa rasanya. Macamana la mak kita menguruskan 4,5 malah berbelas anak pun ada. Hats off!

Beza dulu dan sekarang, ibu zaman moden mostly bekerja. Masa tu dah memang 24jam tapi terasa cepat dan tak cukup masa. Mana nak uruskan rumah, anak, suami, kerja di ofis lagi. Masa untuk diri sendiri tak ada. Where is my "ME TIME"? None. Seorang ibu, walau sesibuk mana pun fikiran akan tetap mendahulukan si anak. Anak adalah keutamaan. Walau tengah bermake up, tengah melilit shawl, tengah merapikan rambut, bila anak menangis minta didukung, si ibu takkan berkata tidak. Ye. Itulah ibu. Baru2 ni P&G mengadakan kempen #StayBeautifulMom to show your appreciation to your mom. Tak perlu hadiah mahal. Cukuplah dengan reward them with a gift of time. Pampered them. Treat them like a queen. Menjadi ibu adalah pekerjaan terhebat! I love you mak!!







Info: https://staybeautiful.com.my/tnc.php

REVIEW : Instant Nasi Goreng Amerika

Hallu..

Amboiii nama nasi goreng..tak agak2..Obama sangattt khennn! Actually ni menu lunch hakak tadi. Lagi sekali hakak try instant food by CP Brand ni. Rasa dia sangat sedap. Masa tengah heat dalam microwave pun bau dia ya ampunnn.. Terliur baq hang! Dua tiga orang gak opismate tegur "sedapnya bau"..Huuuu... Dalam Nasi Goreng Amerika ni ada ayam seketul (sedapp sangat), sausage dan juga kismis. Haaa..ko hadoo?? Nasik goreng letak kismis?? Takdekan? Ok. CP Brand je ada tau. Hik hik..
So apa lagi? Try la! He he he...

Boleh surf website dia untuk info. www.cpbrand.com.my


Portion sedang2 tapi kenyang!

Close-up ayam sikit

Ada sosej & kismis


Tata!

XOXOXO

9 December 2014

Pencinta Kek

Hallu..

Alkisah,lately ni hakak suka betul makan kek. Bukan kek je. Tapi segala pastri rasa nak makan. Especially custard and cheese base. Tapi masalahnya ialah hakak tak suka baking. Tak suka kerja2 renyah macam tu. Tau siap dan makan je. Keh keh keh. Pemalas.

Pagi tadi otw pegi kerja, lalu dalam klcc. Dari semalam dah berniat nak singgah Rotiboy beli kek. Hehehe.. Dan niat tu tercapai. Gitteww.. Hakak beli Black Forest Cake since dah lama tak rasa. Asyik cheese and coklat je. Heewww... Petang2 nanti boleh la makan. 

Now, moh la kita lunch dulu apa yang patut. Kang kebulur pulak. Sebelum tu kita jamu mata dulu. Koh koh...
Dap dap!


Tata!

XOXOXO

8 December 2014

REVIEW : Instant Spagetti Carbonara

Halluu..

Hakak nak share menu lunch tadi. Versi pemalas-nak-jalan-punya-manusia. Hehehe
Tadi sebab malas jalan jauh2 sorang2 so hakak pegila 7-eleven kat sebelah opis ni.Mencari apa yang boleh dimakan. Sekali terpandang satu peti ada instant foods macam spageti, tomyam rice, lasagna. Hakak pun sebab teringin sangat nak makan pasta, capai la satu instant spagetti carbonara,by CP Brand. Halal pastinya! Cer tengok pic bawah ni dan step memasak. Huk huk..Padahal pakai microwave je. Masak selama 4minit. Siap! Recommended untuk yang suka makan carbonara. Sebab biasa order kat restoran portion dia besar pastu cepat muak dan kenyang. Dengan adanya CP brand punya option ni, no worries kalau tak habis ke apa sebab portion dia sedang2 je dan mengenyangkan! Lepas ni nak try lain plak.. Hehehe..

Instant Spaghetti Carbonara by CP Brand
Simple+pemalas

Siap..Yummy! rasa die sedap sangat and creamy..nyummss!!

Ni takda kena mengena. Just nak tunjuk sakit mata..Hik hok
Sebagai Dessert. heh. Classic is my pick.



Tata!

XOXOXO

Nak cari makan, nak cari makan

Hi..

Lepas2 hujan gini apa nak makan ea? Penat betul pikir nak lunch apa. Heh. Ayam dah muak. Nasik pun muak. Tekak ni gedik nak pasta je. Amboii sangattt..

Macam2 keinginan tekak ni. Dah macam tengah pregnant lagi pun ada. Oppsss..Tetttt
Kah kah. Kontroversi sangattt ni.

Eh dah la. Nak cari makan, nak cari makan..

Kbai.

Tata!

XOXOXO

5 December 2014

B.O.L.A

Hallu..

Kali ni aku nak cerita pasal bola. He he..Almaklumlah Ahad ni kan Semifinal AFF Suzuki Cup Malaysia vs Vietnam. Cakap pasal bola ni, sebelum kawin hakak memang gila bola. FYI hakak ialah fan tegar Chelsea for EPL, Germany for International dan TRW for Liga M. Keh keh..Liga M tak lupa tu. No no no..Jangan abaikan negara sendiri. Hahahaha..

Dulu masa belum kawen asal ada game Chelsea mesti tengok. Bila Chelsea kalah mulalah badmood. Sampai mak pun perasan. Pastu sedap la dia bahan. Heh. Tahun 2011 ada Chelsea tour kat Malaysia. Sanggup hakak pegi tu. Berkejaran beli tiket kat Adidas KLCC takut habis khennn! Semangat!
Ditemani encik fikri yakni husband hakak la. (masa tu pakwe la..kui kui)

Lepas tu ada game Malaysia  vs Singapore sempena apa tak ingat pun hakak pergi Bukit Jalil tu. Last sekali before kawin, AFF Suzuki 2012, bulan Dec, hakak pegi stadium gak. Malaysia vs Indonesia. Lepas kawin dah kurang sikit tengok bola. Tengok2 gitu je atau just tengok result. Tapi tetap amik port la terutamanya bila MU kalah!! HAHAHAHAHAH (evil laugh)!

Sekarang Zhafran pun dah tunjuk minat kat bola. Mana taknya mak ayah gila bola khennnn..Sorang Chelsea sorang Arsenal. Baguslah nak. Untung2 boleh ganti Mat Yo. Eh? Dengar cerita dekat Stadium Shah Alam sekarang orang queue panjang nau nak beli tiket untuk match Ahad ni. Baguslah. Maknanya sokongan untuk HARIMAU MALAYA masih ada! Ini semangat yang kita nak!! Busuk2 pahlawanku. Gitttewww!! Kih kih..Oklah. Sambung keje. Kbai.

Bestfriend Ku Fan Mu (tajuk novel) #Pasghah



Chelsea Tour!





Ok. Yang ni bukan tengok bola. Tapi photoshoot pre-wedding

Malaysia vs Singapore


Tata!

XOXOXO


Sakit Mata

Hi,

Hakak sedih sikit dua tiga hari ni sebab Zhafran sakit mata. Sian benor nengok mata sebelah kecik je bukak. Berair je. Pastu bengkak. Hmm.. Bawak gi klinik doctor bagi ubat titik dan ubat minum (alergic). Susu badan pun dah titik kat mata dia tu. Sian dia merengek je bila bengkak tu sakit. Sabarlah..Dugaan ye dak.

Eh,takda mood la nak berceloteh. Babai la..

XOXOXO
:(

1 December 2014

Alhamdulillah

Haii..

December sudah bah! Alkisahnya..Planning untuk sambut birthday Zhafran di rumah anak yatim telahpun selamat dijayakan. Rumah anak yatim yang menjadi pilihan ialah Rumah Anak Yatim An-Nasuha, Taman Gombak Permai, Pinggiran Batu Caves.



Majlis bermula lepas Asar. Antara tetamu just saudara terdekat from my side & husband's. Rumah ni ada 70 orang anak2 dan 12 penjaga. Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh ayahandaku. Disusuli dengan acara tidur birthday boy! Choiiii!! Orang nak potong kek dia boleh bantai tidur sampai habis majlis. Jenuh ummi menjawab soalan "mana birthday boy"? Huhuhuhu..

So terus la ke sesi makan2..Kitorang just order mihun putih dan sedikit goodie bag untuk anak2 dan saudara2. Lepas tu mak ayah si birthday boy je la yang potong kek. So far majlis berjalan lancar walaupun agak lewat sikit dari plan asal. Petang tu pun hujan. Alhamdulillah, abah sempat gak buat kutipan derma dari sedara mara untuk diserahkan ke Tuan Rumah, Ummi. Ok.

Takde idea nak berceloteh. Moh le tengok pic ni je pah bedah ye!

Sebelum majlis start

Sayang dia!

Sebelum kejadian tidur


Kek Upin Ipin!

Persembahan nasyid dari anak2. Sebak hakak!

Sedara mara

Sedara mara

Dah balik. Zhafran bersama hadiahnya.

I love you Zhafran!

Tata!

XOXOXO